Sangat tidak suka apabila aku tertarik dengan tajuk entri pada sesebuah blog tetapi semasa ingin membaca entri tersebut, ia memaparkan paparan hitam sambil menyuruh aku untuk 'like' profil Facebook mereka dan sebagainya. Kalau diletakkan butang pangkah atau tutup pada paparan tersebut, aku tak adalah kisah sangat. Tapi cuma ada jangka masa tertentu yang perlu kita tunggu supaya paparan tersebut hilang daripada pandangan dan barulah selepas itu kita dibenarkan untuk membaca entri yang ditulis itu yang membuatkan aku sedikit menyampah.
Kasihan kat semangat aku nak membaca entri yang pada masa itu aku rasa sangat menarik.
Baca Blog Tidak Perlu Dipaksa
Walaupun ada cara untuk aku bypass masalah yang diberikan tetapi kadang-kala aku rasa macam tak berbaloi pula nak membazirkan masa sesaat aku semata-mata untuk bypass paparan hitam tersebut. Hatta, butang pangkah pada tab browser aku lah yang menjadi pilihan di hati. Tak payah baca terus.
Sebagai pengunjung blog, sepatutnya aku diberikan pilihan samada nak ikut atau tidak blog tersebut dan bukannya terus dipaksa untuk mengikuti ataupun menyukai blog tersebut. Barulah blog tersebut boleh dikategorikan sebagai mesra pengguna. Tak salah untuk berbuat sedemikian, cuma pastikan pengunjung blog boleh mengatakan tidak pada tawaran anda dengan menyediakan butang pangkah atau tutup pada paparan tersebut.
Aku sedar tindakan pemilik blog sedemikian adalah untuk memastikan pembaca blog tidak ketinggalan untuk menerima sebarang kemaskini terbaharu termasuk untuk mempromosikan blog mereka. Walaubagaimanapun aku rasa tidak wajar untuk lakukan sebarang jenis paksaan kepada pengunjung blog sebab ia seolah-olah tidak adil kerana telah menghapuskan kebebasan mereka untuk membaca.
Jangan risau, sekiranya setiap entri blog adalah bagus maka pengunjung pasti akan mengikuti blog anda tanpa sebarang paksaan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka akan membuat bookmark juga pada browser bagi memudahkan mereka untuk kembali kepada blog anda.
Akhir kata, mohon abaikan entri ini jika anda tidak pentingkan pengunjung dan pembaca blog anda. Dan seperti kesinambungan pada tajuk entri ini, "Baca Blog Tidak Perlu Dipaksa".
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
0 Komentar untuk " Baca Blog Tidak Perlu Dipaksa "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.