Jauh. Perjalanan kehidupan seorang manusia adalah jauh, masih jauh. Apabila disebut jauh, kita mesti terbayang jalan raya atau titian jambatan yang mempunyai jarak berkilometer jauhnya. Namun dalam kehidupan bukan jarak itu yang menjadi ukuran, tetapi ilmu, pengalaman serta makna kehidupan yang menentukan betapa jauhnya kita dah menempuh kehidupan kita sebagai seorang insan.
Kita sendiri boleh mengagak betapa jauhnya seorang itu pergi dengan melihat petuturan dan tindak tanduk seseorang. Malah dengan penulisan juga kita tahu.
Perjalanan Masih Jauh
Pernah atau tidak kita mendengar orang sekeliling lebih-lebih lagi keluarga kita berkata "Sabarlah, perjalanan masih jauh lagi...", apabila kita gagal dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Mesti pernahkan.
Sebab apa mereka yang disekeliling kita cakap sedemikian? Ini kerana mereka tahu yang kehidupan tidak akan berakhir di situ, di tempat kita temui kegagalan dan jalan buntu. Dan mereka juga tahu kita kuat untuk meneruskan kehidupan. Bukan bermaksud gagal sekali maka gagal selama-lamanya.
Kadang-kala semasa kita sedang menuntut ilmu, kita sangka bahawa kitalah yang terbaik. Kita rasa ilmu yang dituntut telah mencukupi, tetapi kita dikejutkan apabila ada sahabat yang lain memiliki ilmu yang kita tidak tahu. Buang perasaan dengki atau cemburu jauh-jauh dan teruskan belajar, teruskan mengembara kerana itu bukan noktahnya. Jangan jadi bodoh tidak boleh ditegur.
Apabila bercinta sememangnya indah, semuanya manis. Jiwa raga diserahkan segala-galanya demi menunjukkan perasaan cinta kepada yang dipuja. Namun apabila badai menimpa dan memusnahkan kesemuanya, ada segelintir daripada kita yang mengambil jalan mudah. Bunuh Diri. Seolah-olah tiada lagi hari esok. Sedarlah bahawa banyak lagi keindahan yang boleh kita kecapi.
Sedih...
Selagi kita belum ditakdirkan mati, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kita kena beritahu pada diri kita yang perjalanan ini masih jauh untuk kita tempuhi. Jika gagal, bangkit semula. Kalah dalam pertandingan atau peperiksaan, berlatih lagi. Putus cinta, cuba untuk bercinta lagi. Sebab perjalanan hidup tidak akan berhenti disitu.
Kalau kita gagal dan kita buat keputusan yang salah, tidak mahu untuk bangkit semula serta menyerah kalah sehingga mungkin mencabut nyawa sendiri maka tergolonglah kita dalam golongan orang yang bodoh dulu, kini dan selamanya. Sebab di akhirat nanti, perjalanan yang kita akan lalui lebih jauh.
Kalau kita gagal dan kita buat keputusan yang salah, tidak mahu untuk bangkit semula serta menyerah kalah sehingga mungkin mencabut nyawa sendiri maka tergolonglah kita dalam golongan orang yang bodoh dulu, kini dan selamanya. Sebab di akhirat nanti, perjalanan yang kita akan lalui lebih jauh.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Tag :
peribadi
0 Komentar untuk " Perjalanan Masih Jauh "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.