Kadang-kala dalam sebilangan masyarakat tidak kira daripada golongan mana pun, sudah pasti akan ada seorang hamba Allah S.W.T yang dikurniakan dengan sifat ego yang melampaui batas. Baik golongan elit, marhain mahupun selebriti. Pasti ada...
Disebabkan perasaan yakin yang menebal dalam diri, sentiasa beranggapan diri sendiri adalah yang terbaik, maka segala jenis kritikan, tunjuk ajar mahupun cadangan ditolak mentah-mentah. Tanpa bertindak untuk berhenti sejenak dan renungkan seketika segala kritikan atau cadangan yang dilontarkan.
Sehinggakan si pengkritik atau pencadang yang memberikan sedikit idea diherdik oleh si bodoh yang tak boleh ditegur ini walhal segala idea yang disuarakan mungkin bakal membawa perubahan yang lebih baik bagi perkara yang sudah atau bakal dilakukan. Tindakan yang lebih baik adalah dengan duduk bersemuka dan bermesyuarat bagi mencapai kata sepakat, supaya sama-sama berpuas hati.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila seseorang yang dikritik apabila melakukan kesilapan dalam perbuatan atau lisan membuat serangan balas bagi menegakkan benang yang basah. Sedarlah yang tindakan tersebut kadang-kala akan membuatkan si pelaku kelihatan lebih bodoh daripada apa yang telah dilakukannya.
Kita sebagai manusia yang dilahirkan ke bumi memang tidak sempurna dan tidak akan sempurna. Pasti akan ada kekurangan walaupun sedikit. Dengan mengetahui ketidak sempurnaan tersebut barulah manusia mampu tunduk untuk menghormati orang lain. Bagi yang anggap diri sendiri adalah sempurna, diingatkan kebodohan yang 'bertingkat-tingkat' itulah kadang-kala menyerlahkan kecacatan pada diri.
Hatta...
Lapangkan hati dan minda, terimalah teguran, kritikan mahupun cadangan dengan terbuka. Tidak semestinya yang betul akan sentiasa betul dan yang salah akan sentiasa salah.
Yang paling penting...
Jangan cuba cari kesalahan orang lain pula.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Hatta...
Lapangkan hati dan minda, terimalah teguran, kritikan mahupun cadangan dengan terbuka. Tidak semestinya yang betul akan sentiasa betul dan yang salah akan sentiasa salah.
Yang paling penting...
Jangan cuba cari kesalahan orang lain pula.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
1 Komentar untuk " Bodoh Tak Boleh Ditegur "
insyaallah...kita mampu menjadi yang lebih baik.
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.