Patung Aksi - Bukan Kanak-Kanak Sahaja

Patung Aksi - Bukan Kanak-Kanak Sahaja

Bila sahaja disebut berkaitan dengan patung aksi mesti kita akan kaitkan dengan kanak-kanak kerana ia dianggap sebagai salah satu cabang permainan. Beri sahaja apa jenis patung atau permainan kepada mereka, pasti akan melonjak keriangan. Malah aku pun pernah memberi persepsi sedemikian suatu ketika dahulu.

Kini, patung aksi telah pun mendapat tempat dalam hati golongan dewasa bahkan ada yang berhabisan ribuan ringgit demi kepuasan dalam menjadi pengumpul patung aksi.

Pelbagai jenis patung aksi yang boleh kita dapatkan di pasaran, namun yang menjadi kegilaan ramai adalah patung aksi Transformers.

Patung Aksi  - Bukan Kanak-Kanak Sahaja

Patung Aksi - Bukan Kanak-Kanak Sahaja

Sekarang, golongan dewasa lebih tergila-gilakan patung aksi sehinggakan sanggup membeli patung aksi yang diidamkan walaupun terpaksa menempah di luar negara. Malahan, syarikat pembuat mainan seperti Hasbro, Takara Tomy, Bandai dan sebagainya semakin menumpukan koleksi permainan yang dikhususkan untuk orang dewasa.

Ada juga pengumpul yang menjadikan hobi ini sebagai salah satu sumber pendapatan apabila mereka menjalankan urusan jual beli patung aksi dikalangan mereka sendiri. Mereka menambah menambah kenalan dengan menubuhkan kelab atau persatuan supaya dapat bertukar pendapat serta berkongsi minat.

Antara kelab yang wujud (Facebook):


Percaya atau tidak, sebenarnya hobi mengumpul patung aksi ini bukanlah satu perkara yang membazir kerana satu-satu patung tersebut akan mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan kelak.

Aku Terjebak

Pada awal entri ini, aku turut menyatakan bahawa patung aksi ini khas untuk kanak-kanak namun ternyata meleset apabila aku sendiri telah terjebak dalam aktiviti ini. Kepuasan? Ya, ternyata puas sebab rekabentuk setiap patung aksi sangat detail pembuatannya.

Minat aku terhadap pengumpulan ini lebih spesifik kerana aku lebih tertumpu kepada patung aksi Transformers. Dan yang lebih menarik, isteri aku juga turut meminati Transformers lebih-lebih pada watak Bumble-Bee.

Jadi kepada yang masih mempunyai persepsi yang menyatakan patung aksi hanya untuk kanak-kanak, maka anda silap.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Penulis:



Jom ikuti @ Twitter | Facebook | Google+

0 Komentar untuk " Patung Aksi - Bukan Kanak-Kanak Sahaja "

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Back To Top