Kini, dengan sokongan bahasa melayu, maka permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan Google Adsense ini menjadi sedikit mudah dengan tidak ada kengkangan bahasa.
Google Adsense Dengan Sokongan Bahasa Melayu
Alhamdullah, maka tidak perlu untuk bersusah-payah untuk menterjemah setiap penulisan kepada bahasa Inggeris.
Kalau dahulu, aku pernah cuba untuk mendapatkan perkhidmatan mereka, namun acap kali permohonan aku ditolak kerana penulisan aku majoritinya adalah bahasa melayu. Sekarang aku boleh memasang semula niat untuk memohon dan berharap agar permohonan aku berjaya dipertimbangkan.
Cara Mohon Akaun Adsense
- Pergi ke laman web Google Adsense.
- Isi butiran diri dengan lengkap termasuk URL blog anda.
- Tunggu pengesahan daripada pihak Google, kebiasaannya dalam tempoh seminggu.
- Setelah mendapat pengesahan, masuk ke Google Adsense dan pilih banner yang sesuai untuk diletakkan dalam blog. [Guideline]
- Copy-paste kod HTML banner tersebut ke dalam blog anda.
- Iklan akan terpapar setelah menunggu beberapa ketika.
Bagi pengguna blogspot, anda hanya perlu masuk ke dashboard blog anda dan klik pada menu 'Earnings->AdSense' dan ikut sahaja arahan yang telah diberikan.
Sangat-sangat diingatkan bahawa sekiranya permohonan telah berjaya, pastikan yang blog anda tidak melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Google Adsense. Kalau tidak, buruk padahnya...
Syarat yang paling penting adalah:
- Artikel dan kandungan perlulah tulen dan unik.
- Tidak mempunyai iFrame.
- Kandungan blog bebas daripada unsur lucah dan perkauman.
Jadi, kepada semua yang belum ada akaun bersama Adsense, selamat memohon dan semoga berjaya.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
0 Komentar untuk " Google Adsense Dengan Sokongan Bahasa Melayu "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.