Tahniah Hudud Kelantan

Alhamdulillah dan syabas diucapkan buat kerajaan Kelantan sebab berjaya dalam pembentangan berkaitan perlaksaan hudud apabila ia diluluskan dengan sebulat suara tanpa sebarang pindaan. Dengan perkara ini sahaja kita dapat melihat dimana umat islam amat-amat setuju dengan perkara ini.


Tahniah Kelantan

hudud-kelantan

Sememangnya perkara berkaitan hudud ini telah lama diperjuangkan  oleh kerajaan negeri Kelantan, dari zaman pemerintahan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat lagi. Tujuannya cuma satu, bagi memartabatkan lagi syiar Islam di mata dunia amnya dan Malaysia secara khususnya.

Dengan bilangan jenayah yang sekarang ini semakin menjadi-jadi, aku rasa undang-undang hudud ni pasti mampu mengawal bahkan mengengkang gejala negatif yang makin lama semakin rumit di Malaysia. Biarlah walaupun ia dilaksanakan di Kelantan dahulu, sekurang-kurangnya ia bakal menjadi titik tolak bagi Malaysia dalam perlaksaan hukum hudud. Supaya ia sejajar dengan gelaran yang selalu dicanang oleh media massa, "Malaysia ialah negara Islam".

Dan yang paling mengejutkan apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selesai membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mendapat persetujuan kesemua ADUN yang hadir tidak mengira parti. Allahu Akhbar!!!


Hudud Kelantan

Hudud merupakan undang-undang yang telah ditetapkan Allah S.W.T yang disampaikan melalui junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya. Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang undang-undang ini dan terdapat juga hadith-hadith sahih yang menceritakan tentang hukuman yang patut dijalankan kepada setiap pesalah yang melakukkan kesalahan.

Jadi kalau kita yang islam ini tidak melaksanakannya bahkan menghalang pula perlaksanaan maka layakkah kita menjadi khalifah di muka bumi ini?

Jadi, Kelantan telah sebulat suara dalam pendirian untuk melaksanakan hukum ini dan diantara kesalahan yang terkandung didalam undang-udang ini adalah:
  1. Sariqah (mencuri)
  2. Hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan)
  3. Zina termasuk liwat
  4. Qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat)
  5. Syurb (minum arak atau memabukkan)
  6. Irtidad (murtad)
Namun Hukuman hudud ini hanya melibatkan Umat Islam sahaja, orang yang bukan islam tidak terlibat sama sekali kecuali jika mereka memilih untuk terlibat serta hanya orang dewasa yang berfikiran waras sahaja yang dikenakan hukuman hudud. Bagi kanak-kanak dan pesakit mental pula, mereka tidak terlibat.

Jangan Perlekeh Hudud

Kalau dah lemah bab Islam, jangan tunjuk dengan memperlekeh tentang sesuatu yang melibatkan agama. Bak orang 'jawa' kata, kalau bodoh, simpan sikit kebodohan tu. Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan isu. That's it...
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Tag : semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Penulis:



Jom ikuti @ Twitter | Facebook | Google+

0 Komentar untuk " Tahniah Hudud Kelantan "

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Back To Top