Sebagai seorang penggemar permainan video, semestinya aku akan mencuba untuk bermain sebarang jenis permainan yang terhangat dan terkini. Kira macam trending lah kat mata dunia. Jadi untuk tidak dikatakan sebagai ketinggalan, aku pun cuba untuk main permainan yang popular masa kini iaitu Clash of Clans (CoC). Dah ada yang bercerai-berai pun sebab permainan ini.
Kalau mengikut sejarah, yang menyebabkan aku terjebak dalam kancah CoC ini bermula apabila seorang pelatih industri atau dengan kata lain budak praktikal yang sibuk bermain CoC ini dok push aku untuk pasang aplikasi permainan ini. Dia ni pula, tidak kira masa, waktu makan dan waktu kerja, asyik dengan CoC. Nasib baiklah semua kerja dan latihan yang diarahkan dapat dilaksanakan dengan mantap, kalau tak....
Jadi demi tidak menghampakan, aku pun cubalah pasang aplikasi permainan ini pada telefon pintar aku ini. Macam syok jer, tidak seperti mana-mana aplikasi permainan yang lain. Setelah beberapa minggu aku main, terus kampung aku diserap masuk ke dalam satu puak (clan) yang rata-rata pemain mempunyai kampung yang lebih hebat daripada aku.
Memang menarik permainan ini, bina pahlawan, bangunan, pertahanan dan kemudiannya aku boleh serang mana-mana kampung yang dirasakan lemah bagi merompak emas (gold) dan juga penawar (elixir) untuk kegunaan si penyerang bagi menguatkan lagi pertahanan dan pahlawan yang ada. Bukan sikit-sikit kalau merompak, 100k emas dan penawar tu mesti dalam tanganlah. Puiii.
Apabila sudah berada di dalam satu puak, maka si pemain iaitu aku akan layak untuk sertai peperangan di antara puak, ahaaaa, kat part ni lah yang aku rasa tak seronok. Sebab secara tiba-tiba sahaja, aku boleh tersenarai sebagai salah satu kampung yang sertai peperangan tersebut. Dan yang paling celakanya apabila ada yang marah sebab aku tak buat apa-apa sepanjang peperangan tersebut. Yang paling legend apabila si budak praktikal ini, dengan selambanya mengarahkan aku untuk main permainan ini dan suruh aku melakukan serangan, pada hari aku cuti dan sedang bersama keluarga.
So, minta maaflah kalau aku tak dapat memenuhi permintaan, sebab masa bersama keluarga adalah lebih berharga daripada permainan ini. Seperti kesinambungan pada tajuk entri ini, "Maaf, Aku Bukan Fanatik Clash of Clans".
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
1 Komentar untuk " Bukan Fanatik Clash of Clans "
me pon addicted dengan COC dahhhh.. =( dah level 60! hahahah... giloss.. suami yg main dulu, tp dia baru level 58.. kekekekeke..dulu dok bising je kat dia sebab mengadap natang tuu je tau..now terjangkit pulak.. selain COC, Plants Vs Zombies 2 is must dalam apps!
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.