Merotan anak adalah salah satu perkara biasa yang dijadikan amalan oleh ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna. Bagi mereka yang lahir dalam lingkungan tahun 90-an dan sebelumnya pasti sudah biasa dengan didikan sedemikan.
Dan, Alhamdulillah dengan didikan sedemikian aku mampu menjadi 'orang' dan bukannya 'beruang'. Merotan anak di sini bukan bermaksud memukul anak dengan teruk sehingga mendatangkan cedera yang teruk tetapi cukup sekadar untuk peringatan kepada si anak jika telah melakukan kesalahan.
Namun kini segalanya bakal berubah...
Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan
Segalanya bakal berubah apabila kerajaan menggubal akta baharu berkaitan dengan perkara ini dan sedang berada pada peringkat akhir dan sedang diperhalusi oleh Pejabat Peguam Negara.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Beliau berkata lagi, bahawa kita perlu mengambil iktibar apabila rakyat negara kita iaitu Azizul Rahim Awaluddin dan isteri, Shalwati Norshal yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu.
Sekiranya akta yang baharu ini diluluskan maka para ibu bapa terpaksa mengambil sikap berhati-hati dalam mendidik anak. Silap tindakan, maka si ibu dan bapa bakal dibawa ke muka pengadilan walhal tujuan merotan yang dilaksanakan adalah untuk mendidik anak-anak supaya menjadi lebih baik.
Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita. Namun, kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
Beliau berkata lagi, bahawa kita perlu mengambil iktibar apabila rakyat negara kita iaitu Azizul Rahim Awaluddin dan isteri, Shalwati Norshal yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu.
Sekiranya akta yang baharu ini diluluskan maka para ibu bapa terpaksa mengambil sikap berhati-hati dalam mendidik anak. Silap tindakan, maka si ibu dan bapa bakal dibawa ke muka pengadilan walhal tujuan merotan yang dilaksanakan adalah untuk mendidik anak-anak supaya menjadi lebih baik.
Konvensyen mengenai CRC telah diterima dengan rasminya oleh PBB pada 20 November 1989 secara konsensus.
Islam Ajar Rotan Anak
Agama Islam juga menuntut kita supaya menghukum anak-anak yang degil dengan merotan. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W juga ada menyuruh umatnya untuk merotan anak namun perlu mengikut adab yang dibenarkan. Namun perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Sunnah.
- Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun. (Nabi Muhammad pernah bersabda, "Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun" - Riwayat Abu Daud)
- Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas. (Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari))
- Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit. (Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’))
- Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
- Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
- Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
- Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
- Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala). (Kata Ali ketika menjatuhkan hukuman had ke atas peminum arak: Sebatlah seluruh anggota badan tetapi elakkan muka dan alat kemaluan.)
- Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah. (Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi))
- Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan. (Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.)
Sebaik-baiknya ikutlah ajaran yang telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda adalah guru yang terbaik dalam segala hal termasuk bab menghukum dan merotan.
Tag :
semasa
2 Komentar untuk " Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan "
Malaysia oh Malaysia. Dah ada acuan bagus tak mo ikut.
Sedihkan... teringat zaman kecik kena rotan mak sebab 'baik' sangat... huhu
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.