Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Siapa yang tidak kenal dengan otai blogger iaitu saudara Hasrul Hassan yang sememangnya penuh ilmu berkaitan blogging , lebih-lebih lagi yang berpaksikan platform blogspot.com . Hatta, hendak dijadikan cerita, semasa aku menerjah masuk ke blog beliau, terlihat pula satu segmen yang dikelolakan olehnya iaitu "Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH". Untuk tidak ketinggalan, aku pun turut serta dalam segmen ini.

Segmen Jom Kenal Blogger Baru

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Segmen ini, kalau mengikut hasrat tuan penganjur, ia bertujuan untuk membantu blogger-blogger baharu dalam menghasilkan blog yang berkualiti dari segi trafik, jana pendapatan secara atas-talian dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu blog-blog picisan seperti blog aku agar mempunyai kenalan dan pengikut terbaharu.

Untuk pengetahuan, segmen ini sangat sesuai bagi blog-blog yang:
  • Sebuah blog daripada platform blogspot (mesti ada .blogspot.com)
  • Blog yang ada kurang daripada 500 followers
  • Blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10,000

Sejarah Blog Aku

Sebenarnya aku telah terjebak dalam dunia blog ni dah lama, sejak tahun 2010. Tapi disebabkan ilmu yang tidak seberapa, banyak kali juga blog aku terkandas di sekerat jalan. Rupanya untuk menjadi seorang blogger yang aktif, memerlukan minat untuk menulis. Tidak kira berkaitan apa pun yang patut kita tulis, asalkan ada penulisan pada blog yang dibina. Masa juga memainkan peranan dalam penulisan kita, kalau tiada masa kadang-kala kita tidak akan mampu menulis walaupun idea datang. Inilah antara faktor yang menyebabkan blog aku terkandas.

Namun kini aku kembali, disebabkan minatku datang semula, aku pun cipta blog ini yang ber'domain'kan faiezesa.blogspot.com. Kali ini aku cuma nak menulis, menulis dan menulis. Dan aku tahu walaupun blog ini mungkin tidak sehebat blog-blog otai yang lain, namun harapan aku biarlah dengan adanya blog ini, aku dapat mengetahui lebih banyak ilmu berkaitan penulisan, tips untuk blog, kenal dengan pengendali blog yang lain dan mungkin juga mampu menjana sedikit pendapatan (sebagai bonus).

Bagi mengakhiri entri ini, aku nak mengucapkan terima kasih kepada abang besar Hasrul Hassan kerana menganjurkan segmen yang sangat mulia seperti ini. Buat yang membaca blog ini, jika ada yang kurang, tiada salah untuk membuat kritikan mahupun sedikit cadangan supaya blog aku ini kekal ceria dan segar.

Tentang Aku

Nama Blogger: Faiezesa @ Mohammad Faiz Esa
URL : faiezesa.blogspot.com
Emel : faiezesa@gmail.com / faiezesa@yahoo.com
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Penulis:


Full time programmer at Universiti Putra Malaysia, dedicated to work, friendly in nature. Love Assassin's Creed. :p
Jom ikuti @ Twitter | Facebook | Google+

8 Komentar untuk " Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH "

Teruskan berblogging, jangan sekerat kerat

salam perkenalan.. saya join jugak segmen ni..

jemput singgah http://gadiscokelat87.blogspot.com/

Perkara paling penting ialah hasilkan konten blog yang akan diterima oleh semua orang. Salah satu caranya ialah mengenai entri2 kehidupan yang semuanya unik belaka.

Tambah nilai konten tersebut dengan sediakan tips dan pengetahuan tertentu.

Jom Aktfikan Mykad

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Back To Top