Sebagai seorang pengaturcara, mesti kita biasa menggunakan kenyataan if dan else untuk menentukan logik dan keputusan dalam sesebuah aplikasi sistem yang sedang dibangunkan. Ia merupakan konsep paling asas dalam mana-mana bahasa pengaturcaraan. Bagi kenyataan if dan else, ia sangat mudah difahami dan diingati.
Kebiasaannya, kebanyakan pengaturcara akan menggunakan kenyataan if dan else seperti berikut:
<?php $kacak = 5; if($kacak >= 5){ $msg = "Anda sangat kacak!"; }else{ $msg = "Sorry bro!"; } ?>Tetapi, dalam PHP kita terdapat cara lain untuk gunakan konsep ini dan ia dapat meningkatkan lagi mutu skill pengaturcaraan kita. Kita akan gunakan operator ternary, dimana ia berfungsi sama seperti kenyataan if dan else cuma ia lebih mudah dan ringkas.
Ternary yang membawa maksud tiga ini adalah satu kenyataan yang dipecahkan kepada 3 ungkapan oleh simbol tanda soal (?) dan titik bertindih (:). Ungkapan pertama yang kemudiannya diikuti dengan tanda soal boleh dianggap sebagai satu soalan, contohnya "Adalah ia betul?" dan titik bertindih pula bertindak sebagai pendinding kepada dua ungkapan yang berkemungkinan adalah jawapan bagi soalan tersebut. Mari lihat contoh kenyataan di bawah:
<?php $kacak=5; $msg = ($kacak >= 5)?"Anda sangat kacak!":"Sorry bro!"; ?>Kebiasaannya, aku lebih suka menggunakan ternary ni apabila aku nak jalankan logik untuk tentukan sama ada nilai bagi satu-satu pembolehubah itu telah ditetapkan atau belum.
<?php $kacak = (isset($_POST['kacak'])) ? $_POST['kacak'] : 5 ; ?>Jika satu parameter dihantar kepada skrip dalam apa jua bentuk (dalam contoh ini adalah "$_POST['kacak']" yang mungkin datang daripada medan input bernama 'kacak'), maka nilai yang dihantar melalui parameter tersebut akan diumpukkan kepada pembolehubah $kacak tersebut. Dan sekiranya tiada, maka nilai 5 akan diberikan.
Tetapi...
Dengan operator yang semudah ini kadang-kala mampu menyusahkan si pengaturcara, jika digunakan operator ini dengan bijak maka ia akan membuatkan kod sumber menjadi kemas dan ringkas manakala jika tersilap ia boleh menyebabkan masalah pada kod sumber tersebut.
Jadi...
Sebelum menggunakannya, sila pastikan anda faham betul-betul kerumitan sistem atau aplikasi yang sedang dan akan dibangunkan, kerana walaupun kadang kala anda faham tentang penggunaan operator ini, ia masih mampu membuatkan kod sumber menjadi rumit dan mengelirukan. Oleh yang sedemikian, dengan menggunakan kenyataan if dan else adalah langkah yang bijak sekiranya melibatkan kod sumber yang sangat rumit.
Ingat supaya sentiasa kekalkan kod sumber dalam keadaan kemas dan teratur supaya ia mudah difahami kelak.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Tag :
php
,
ternary operator
0 Komentar untuk " Ternary Operator PHP "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.