Alhamdulillah... segala puji dan salam kesyukuran ke atas Illahi kerana masih beri peluang untuk aku bernafas di atas muka bumi ini... Tahun ini menjadi satu tahun yang sangat menggembirakan aku serta keluarga apabila dikurniakan seorang cahaya mata... cahaya mata sulung...
Pada tanggal 19 Februari 2016, jam 5:20 PM seorang sri kandi comel telah pun dilahirkan setelah hampir 4 tahun usia perkahwinan aku dan secara tidak langsung aku dinobatkan sebagai seorang ayah... Alhamdulillah... kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...
Kini usia si cilik tu baru nak masuk 2 bulan, dan dalam tempoh itu macam-macam dugaan dan cabaran yang datang... al-maklumlah, pengalaman pertama menjadi ayah... cuak dan panik tu sentiasa ada apabila si cilik menangis... ingat lagi sewaktu si cilik baru berusia 2 hari, hihihi, tak dapat nak lupakan bagaimana aku dan isteri berjaga sehingga pukul 7 pagi kerana si cilik ni tak dapat tidur dengan nyenyak... kejap-kejap dia terjaga dan nangis... memang panik... tetapi alhamdulillah perkara itu dapat diatasi dengan sabar...
Walaupun tempoh 2 bulan ni masih baru, namun ia masih mampu memberikan aku dan isteri pengalaman baharu setiap hari... Semoga aku tetap mampu untuk hadir dan sentiasa ada dihadapan anak semasa dia membesar... In Syaa Allah...
Semoga anakku dapat membesar dengan sihat dan sempurna, baik akhlaknya.. Amiin...
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
0 Komentar untuk " Hadirnya Sang Puteri "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.