Keheningan subuh yang diindahkan dengan laungan azan membuatkan seluruh alam ini bangkit untuk meneruskan kehidupan, dan dalam kedinginan aku gagah bangun demi menyahut seruan untuk menunaikan perintah daripada yang maha kuasa. Sempat juga aku berpaling dan menjeling ke luar jendela untuk melihat persekitaran.
"Hujan renyai rupanya, patut sejuk lain macam je pagi ni."
Aku bersyukur ke atas rahmat-Mu dan atas alasan inilah aku akan tunduk, duduk dan bersujud kepada-Mu. Mataku segera dialih daripada jendela dan terus capai tuala yang tersidai rapi untuk mandi kemudian tunaikan solat subuh dulu.
"Asalamualaikum warahmatullah..." Ucapan salam untuk sempurnakan ibadah dua rakaat ku.
Jam kat dinding dah menunjukkan pukul 6:20 pagi, jadi aku kena bersiap pula untuk keluar mencari rezeki. Dengan busana yang ditaja khas oleh poket sendiri, aku bersiap dengan mengenakan baju kemeja putih siap garis hitam halus dan berseluar slack hitam beraksesorikan tali pinggang pasar malam. Simple dan sempoi. Minyak wangi kena juga bagi 'sepam' dua kat badan ni, bagi wangi. Oh ya! Rambut pun kena 'adjust' juga, jangan nampak serabut.
"Kacak dan bergaya juga aku ni." Sambil bangga depan cermin selepas menggayakan rambut ala-ala artis k-pop.
"Pagi ni minum kopi je lah, macam malas je nak buat sarapan. Tak pun sarapan je kat kafe opis nanti."
Sesudah aku hirup kopi sampai habis buat alas perut, aku pun terus sarung kasut yang memang dah tersedia di rak kasut untuk berkhidmat kepada aku. Pun tajaan sendiri kasut ni, 'Bata'. Memang aku ni jenis yang pentingkan keselesaan berbanding jenama, asalkan selesa maka itu lah yang akan aku pakai. Kalau mahal tapi tak selesa nak buat apa?
"Canteeeekkk... hujan pun dah berhenti, tak payah bawa payung."
"Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah..." Baca doa keluar rumah dulu.
Dengan berbekalkan kaki yang masih mampu untuk beraksi, aku berjalan menuju ke stesyen LRT berhampiran untuk ke tempat di mana aku mencari rezeki selama enam tahun menetap di Kuala Lumpur. Memang aku tak ada kereta mahu pun motorsikal, bukan sebab aku tak mampu cuma aku ni lebih suka naik pengangkutan awam. Tak perlu nak fikir pasal parking, pasal kesesakan lalu lintas. Dan dengan berjalan, aku boleh melihat hiruk pikuk kota dan juga bermacam ragam manusia. Seronok.
Alamak... dari tadi aku berkata-kata, lupa pula nak perkenalkan diri yang tak berapa famous ni. Kalau mengikut surat beranak dan mykad, Imran bin Sulaiman adalah nama penuh yang diberi oleh mak dan abah aku. Tak kisah orang lain nak panggil macam mana pun selagi ia berkait dengan nama aku, jangan panggil 'woi-woi', 'biawak', 'tenuk' atau lain-lain yang boleh mengundang kaki aku ke bibir mu sudah lah. Yang penting aku ni bukan artis Imran Ajmain tu ya.
Dah cukup, baik berhenti mengelamun dan tumpu perhatian pada perjalanan. Nanti tak pasal-pasal langgar tiang pula...
Bersambung...

Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Tag :
retina hati
0 Komentar untuk " Retina Hati Episod Pengenalan "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.