Kalau tidak silap, pernah rasanya ada satu ketika di mana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan bahawa harga petrol Ron95 dan Diesel sekali lagi akan diturunkan menjelang 1 Januari sekiranya harga minyak dunia terus menurun. Namun sehingga kini, kita sebagai rakyat masih menunggu sebarang pengumuman berkaitan keputusan ini sama ada ianya pasti atau sekadar janji.
Semalam, Datuk Ahmad Maslan telah memuat naik status di akaun Twitter miliknya yang menyatakan bahawa harga Ron95 dan Diesel mungkin akan diturunkan di antara RM 1.95 - RM1.90 seliter mulai 1 Januari 2015. Bukan itu sahaja, beliau turut mengingatkan kepada semua peniaga agar menurunkan harga barang berikutan penurunan harga minyak yang bakal diumumkan kelak.
Pengumuman rasmi berkenaan perkara yang menggembirakan rakyat Malaysia ini akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan jangka pada 31 Disember (hari ini).
Harga terkini minyak Ron95 adalah RM2.26 seliter manakala diesel adalah RM2.20 seliter berikutan penghapusan subsidi dan pengenalan kepada sistem apungan terurus oleh kerajaan baru-baru ini.
Dengan pengumuman yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan nanti bakal menggembirakan semua pihak, dan diharap juga semoga harga barang-barang keperluan turun seperti yang disarankan.
Insya'Allah.
Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Tag :
semasa
0 Komentar untuk " Harga Minyak Ron95 & Diesel Dijangka Turun "
[Peringatan Ikhlas]
Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.