Pelajar atau Samseng?

Pelajar atau Samseng?
Semenjak dua menjak ni kalau kita lihat di media massa, dah makin menjadi-jadi pula tentang kes buli di sekolah berasrama penuh. Apabila melihat keadaan pelajar yang sedang meminta tolong, menjerit kesakitan akibat disepak terajang, digusti dan ditomoi, aku rasa sangat sedih, marah dan segala macam perasaan lagi yang timbul bagi menidakkan tindakan pelajar-pelajar yang sedang bergembira membalun pelajar yang seorang tu. Dilihat lagi pelajar-pelajar yang kononnya terpelajar melakukan aksi seperti dalam perlawanan gusti atau tinju siam terhadap pelajar yang kesakitan tu, aku rasa macam nak 'kaki' kan je pelajar-pelajar tersebut.
Apa masalah pelajar-pelajar yang membuli ni?

Adakah mereka kekurangan kasih sayang?

Atau, adakah mereka rasa yang diri mereka dah cukup hebat sebab dapat masuk asrama lebih awal daripada junior mereka?

Samsengkah mereka?

Di mana rasa hormat?

Di lututkah kepala otak mereka?

Semua soalan ini tidak mampu aku jawab kerana si pelaku sendiri yang ada jawapannya. Tatkala pelajar-pelajar lain bangga dan gembiranya sebab dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama dengan tujuan untuk menaikkan taraf kehidupan serta membanggakan ibu bapa, lain pula bagi mereka yang menggayakan lagak seperti ahli seni mempertahankan diri.

Semasa aku tonton klip-klip video tersebut satu persatu, kelihatan seperti mereka yakin bahawa dengan aksi yang dipamerkan, mereka akan diserap masuk ke empayar WWE atau pun ahli tinju siam profesional.

Kalau depan aku, mahu kena ludah je.

Aku sangat berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu ni segera dengan menghadapkan pelajar-pelajar tersebut ke muka pengadilan. Biar mereka tahu yang undang-undang tidak bodoh. Semoga pelajar yang dipukul dan dibuli itu sihat dan bebas daripada trauma dan si pembuli pula dibuang sekolah dengan jayanya.

Kejayaan itu perlu, kegagalan itu kunci!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang Penulis:



Jom ikuti @ Twitter | Facebook | Google+

0 Komentar untuk " Pelajar atau Samseng? "

[Peringatan Ikhlas]

Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis. Mohon jangan SPAM ruangan ini. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.

Back To Top